|
PENGENALAN
---------------------------------------------------------------------------------------
KOPITIAM KING
merupakan penjenamaan rangkaian perniagaan restoran ala cafe
berkonsepkan module sistem Francaising, yang telah di daftarkan
tanda perniagaannya dibawah syarikat KOPITIAM IWANI SDN. BHD.
pada tahun 2007.
Berdaftar
dengan Persatuan Francais Malaysia,
KOPITIAM KING
telah mengorak langkah
untuk mengembangkan perniagaan yang diceburi untuk diperkenalkan ke
seluruh pelusuk dunia. Mempunyai konsep dan identiti yang
tersendiri, setiap cawangan
KOPITIAM KING
menyediakan kemudahan percuma "Wi-Fi Internet", "siaran TV Astro",
menu makanan tempatan, makanan western dan makanan timur tengah,
disamping menjadi mercu tanda tempat pertemuaan para pelanggan.
Selain itu juga,
KOPITIAM KING
memasarkan produk
tempatan yang telah dipelopori oleh usahawan bumiputera bagi
memenuhi permintaan tempatan.
Dengan
kadar harga makanan yang berpatutan dan berkonsepkan keselesaan,
KOPITIAM KING
juga
menyediakan produk sejukbeku keluaran usahawan tempatan, yang
ditawarkan hidangan di dalam menu ataupun yang juga boleh dibawa
pulang, berkonsepkan secara "Taste & Buy" (Rasa dan Beli). Penawaran
harga yang menarik dan murah, menjadikan produk sejukbeku ini
menarik disamping menjadi santapan harian keluarga di setiap rumah
dengan harga yang berpatutan. Pelbagai jenis kopi juga dihidangkan
bagi memenuhi permintaan pasaran semasa, termasuklah, Kopi Kesihatan
jenis Herbal, Kopi Ginseng, Kopi Kampong, Kopi Jawa, Kopi Tongkat
Ali dan pelbagai jenis Kopi Kampung.
Bagi
memastikan kualiti kopi yang dihidangkan berkualiti tinggi, hanya
beberapa jenis kopi sahaja yang terpilih dijual di setiap cawangan
KOPITIAM KING
yang
dikenali sebagai Kopi Majesty, Kopi Maharani, Kopi Gobres, Kopi
Mahkota Dewa, Kopi Tongkat Ali, Kopi Radik dan Kopi Musang. Pihak
kami juga sedia menambah produk kopi yang mempunyai kualiti tinggi,
untuk memenuhi kepuasan pelanggan dari masa ke semasa. "Kepuasan
Anda, Keutamaan Kami" telah menjadi motto perniagaan
KOPITIAM KING
sebagai menyahut cabaran perniagaan globalisasi, disamping
persaingan sengit di dalam perniagaan F&B di pasaran tempatan.
|